top of page

Apa anda perlu tahu tentang "haka" dan laungan "war cry"

Team building sangat sinonim dengan "war cry" - laungan semangat yang biasanya digunakan untuk "menakutkan" (intimidate) pihak lawan.


Semasa saya aktif menjalankan program team building beberapa tahun lalu, saya menerapkan "war cry" sebagai satu bentuk meraikan kejayaan, bukan untuk "menakutkan" orang lain. Kata - kata yang dilaungkan, saya pastikan berbentuk positif dan ditujukan untuk pasukan sendiri. Formula "war cry" cara saya mudah; ringkas, padat dan pergerakan minima. Ini kerana saya mahu mereka berterusan mengulang-ulang laungan mereka setiap kali sebelum dan selepas sesuatu aktiviti atau game. Saya berikan "bonus" (markah tambahan) sekiranya "war cry" mereka dilaungkan bersama-sama dalam konteks meraikan sesuatu kejayaan.


Saya tidak selesa dengan budaya "war cry" yang cenderung menjadi sesi "membahan" orang lain dan pergerakkan yang kompleks. Ini akhirnya akan membuatkan peserta malas melaungkannya dan ini sebenarnya tidak produktif (counter-productive and defeats the purpose).


Sekarang saya lihat budaya "war cry" sudah menular ke seminar-seminar pula. "Haka" dijadikan rujukan untuk sesi motivasi dan pembakar semangat. Secara visualnya, memang nampak gah dan menarik dalam video pemasaran dan testimonial seminar, tetapi saya rasakan sedikit tersasar dari jiwa sebenar "haka".


"Haka" adalah budaya tradisional orang Maori yang penuh dengan adat dan mesej tersirat - bukan sekadar "menakutkan" dan "membakar semangat".

The "haka" is a traditional war cry, dance, or challenge from the Māori people of New Zealand. It is a posture dance performed by a group, with vigorous movements and stamping of the feet with rhythmically shouted accompaniment.

War haka were originally performed by warriors before a battle, proclaiming their strength and prowess in order to intimidate the opposition, but haka are also performed for various reasons: for welcoming distinguished guests, or to acknowledge great achievements, occasions or funerals, and kapa haka performance groups are very common in schools.


"Kapa haka" literally means to form a line (kapa) and dance (haka).

Pesanan saya kepada para "speaker" dan "team building trainer" di luar sana, janganlah buat sebab orang lain buat. Selami maksud "haka", gunakan elemen yang betul supaya aktiviti itu bersebab. Ada banyak "learning point" yang boleh diterapkan dalam aktiviti "war cry" yang boleh membawa kepada "learning outcome" yang lebih padu dan impak tinggi.


Jemput tonton video ini - semoga sedikit sebanyak, boleh memberikan pencerahan tentang "jiwa haka".

Ahmad Fauzan Othman merupakan Head Trainer di Access Ideas Malaysia. Beliau telah lebih 10 thaun menjalankan program "team engagement" dengan beribu peserta dari pelbagi lapisan masyarakat dan kumpulan kerja. Dapatkan buku beliau "51 Aktiviti 'Experiential Learning' untuk Pembangunan Pasukan" dan e-book terbaru mengenai "Gamification".Hubungi kami sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan khidmat latihan daripada beliau.


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Twitter Social Icon
bottom of page