Apakah beza antara "Goal Setting" dan "System Setting" ?
Kita masih berada pada waktu yang mana masih ramai bercerita tentang azam tahun baru.
Apabila berazam, ramai yang beranggapan bahawa kemahiran yang memainkan peranan paling penting ialah "goal setting". Ini kerana azam sangat sinonim dengan matlamat - sesuatu yang mahu dicapai.
Pada kali ini, saya ingin perkenalkan konsep "system setting" - satu kemahiran yang menyerupai penetapan matlamat namun sedikit berbeza perspektifnya.
![](https://static.wixstatic.com/media/7a53b0_e6dec2e5a1464d74a21c11c52f07df86~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/7a53b0_e6dec2e5a1464d74a21c11c52f07df86~mv2.jpg)
Sebelum ke penjelasan "system setting", mari kita lihat semula apa itu "goal setting".
"Goal setting" biasanya dikaitkan dengan singkatan S.M.A.R.T.
Specific
Measurable
Achievable
Realistic
Timely
Sedikit penambahbaikan perlu di sini - terutama sekali apabila membuat azam.
S.M.A.R.T. adalah satu panduan yang bagus, namun terlalu "left-brain". Ia sangat berat kepada logik, bukan emosi. Dan, kita semua sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang sangat dipengaruhi emosi.
Jadi, saya perkenalkan S.M.A.R.T.e.r.
Specific - khusus, jelas dan tepat
Measurable - boleh diukur dan dilihat pencapaiannya dengan nombor
Action-based - berbentuk tindakan supaya mudah dilaksanakan
Relevant - sesuai dengan kehendak dan keperluan individu tersebut
Time-framed - mempunyai had masa yang jelas
exciting - seronok untuk dicapai, menimbulkan motivasi berterusan
rewarding - berbaloi dan pulangan yang setimpal dengan usah
Saya kira penjelasan ringkas di atas sudah cukup memadai untuk anda faham apa yang saya maksudkan dengan memasukkan elemen "right-brain" dan emosi kepada penetapan matlamat yang selama ini sarat logik.
Seterusnya, setelah mempunyai azam yang jelas halatujunya.
Kita perlu menerapkan kemahiran "system setting" atau Bahasa mudahnya, membentuk persekitaran yang membawa kepada mencapai matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda meletakkan matlamat: "Turun 10kg sebelum Hari Raya 2017" (cukup sifat S.M.A.R.T.e.r.)
Anda perlu memikirkan apakah keadaan persekitaran yang menyokong pencapaian matlamat ini.
Dalam situasi ini, antaranya mungkin:
Kurangkan pengambilan gula
Lebihkan makan sayur
Berjogging setiap Sabtu dan Ahad
Membuat regangan sebaik sahaja bangun dari tidur
Membuat 20 push up dan 20 sit up setiap hari
Tidur dan rehat yang cukup
Nota: Ini bukan tips menurunkan berat badan yang sebenar, ini sekadar contoh
Jadi sekarang, untuk mencapai matlamat "Turun 10kg sebelum Hari Raya 2017", adakah anda perlu fokus kepada matlamat atau fokus kepada sistem yang membentuk persekitaran agar boleh mencapai matlamat?
Contoh lain; "Mencapai sasaran jualan RM1,000,000 setahun"
Mungkin anda perlu melihat tahap pencapaian aktiviti-aktiviti berikut:
Membuat 20 panggilan ke potential client sehari
Mendapat 6 temujanji dengan client setiap hari
Membuat follow-up
Membuat 1 close sales bagi setiap 4 temujanji
Memastikan dokumen bagi proses jualan lengkap
Memastikan produk sampai ke client pada masa yang dijanjikan
Nota: Ini bukan tips mencapai sasaran jualan yang sebenar, ini sekadar contoh
Kesimpualannya, berazam itu hanyalah permulaan. Langkah seterusnya ialah untuk memikirkan dan memastikan sistem untuk mencapai matlamat itu diwujudkan. InsyaAllah, dengan "goal setting" dan juga "system setting", anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai azam 2017 atau apa jua matlamat anda.
All the best!
Ahmad Fauzan Othman merupakan Head Trainer di Access Ideas Malaysia. Beliau merupakan trainer utama bagi Program Pengurusan Masa "The Jar Of Life" - satu-satunya program pengurusan masa percuma di Malaysia! Hubungi kami sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan khidmat latihan daripada beliau.